BualBualLucu: Di Jamin Pasti Bikin Ngakak Abis....

Ahad, 18 September 2016

BualBual.com - Cerita Lucu

1.Tuduhan Mencuri Motor

Seorang pemuda dihadap ke mahkamah atas tuduhan mencuri motor milik seorang gadis remaja. "Saya sama sekali tidak mencurinya, Yang Arif..." kata si pemuda itu membela diri. "Dia yang memberikan motor itu kepada saya. Ketika itu dia pulang dari sekolah, dia meminta saya agar memboncengkannya dengan motornya. Saya pun boncengkannya.
Lalu dalam perjalanan, di suatu semak belukar,dia menyuruh saya berhenti. Di bukanya baju dan seluarnya. Lalu katanya, saya boleh mengambil miliknya yang paling berharga.
Yang Arif, lalu saya berfikir, bajunya memang berharga, tapi itu baju wanita dan tak ada gunanya bagi saya. Jeansnya juga terlalu kecil bagi saya. Kerana itu, apa boleh buat terpaksa saya mengambil motornya..."

2.Isteri Hilang Pendengaran

Udin pergi berjumpa dokter mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran. "Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya dokter. "Entahlah, Dokter. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya." "Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya." Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter. Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya. "Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit. Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit: "Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!! Rupa-rupanya si Udin yg pekak

3.Salah Tafsir Soal Cacing

Suatu pagi yang indah pada sebuah sekolah SD , seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulaikan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak.. "Coba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2." Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu. Seperti yang dilihat , cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh perhatian pada pelajarannya. "Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari pelajaran yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??" Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab, "UNTUK MENGHINDARI KECACINGAN...MINUMLAH ARAK..."
editor : ebie