• Tentang Kami
  • Redaksi
  • Info Iklan
  • Pedoman Media Siber
  • Disclaimer
  • Kontak Kami
  • Home
  • Pemerintah
    • Pemda Indragiri Hilir
    • Pemda Indragiri Hulu
    • Pemda Bengkalis
    • Pemda Kampar
    • Seputar Lampung
    • Seputar Kepri
    • Pemda Provins Riau
    • Peristiwa
    • Olahraga
    • Pemda Kuansing
    • Pemda Pelalawan
    • Pemda Siak
    • Pemda Dumai
    • Pemda Rokan Hilir
    • Pemko Pekanbaru
    • Pemda Rokan Hulu
    • Indragiri Hulu
    • Kuansing
    • Pelalawan
    • Siak
    • Bengkalis
    • Rokan Hilir
    • Rokan Hulu
    • Pekanbaru
    • Kampar
    • Seputar Jabodetabek
    • Seputar Jawab Barat
    • Seputar NTT
    • Seputar NTB
    • Kalimatan Timur
    • Kalimatan Selatan
    • Jambi
    • Pemda Kepulauan Meranti
    • Bintan
  • Riau
    • Meranti
    • Kuansing
    • Inhil
    • Inhu
    • Rohil
    • Rohul
    • Dumai
    • Bengkalis
    • Siak
    • Pelalawan
    • Kampar
    • Pekanbaru
    • Indragiri Hilir
    • Dumai
  • Nasional
    • Seputar Aceh
    • Seputar Sumut
    • Seputar Kepri
  • Parlemen
    • DPRD Riau
    • DPRD Pekanbaru
    • DPRD Kampar
    • DPRD Pelalawan
    • DPRD Kuansing
    • DPRD Inhu
    • DPRD Inhil
    • DPRD Dumai
    • DPRD Rohil
    • DPRD Rohul
    • DPRD Siak
    • DPRD Bengkalis
    • DPRD Meranti
    • DPR RI
    • DPRD Kepri
    • DPRD Tanjungpinang
    • Galery
  • Politik
  • Hukrim
    • Seputar Jawa Barat
  • Peristiwa
    • Seputar Sumbar
  • Olahraga
  • More
    • Internasional
    • Ekonomi
    • Kesehatan
    • BUALBUAL VIDEO
    • Pariwisata
    • Lingkungan
    • Entertaiment
    • Agama
    • Sosial
    • Metropolis
    • Teknologi
    • Kulinier
    • Otomotif
    • Advetorial
    • Sejarah
    • Pilihan Editor
    • Terpopuler
    • Galeri
    • Indeks
  • Tentang Kami
  • Redaksi
  • Pedoman
  • Disclaimer
  • Kontak
Masukkan Kata Kunci atau ESC Untuk Keluar
  • #Pilihan
  • #Terpopuler
  • #Advertorial
  • #Galeri
  • Indeks
PILIHAN
Polres Inhu Gelar Bakti Kesehatan dan Khitanan Massal Peringati Hari Bhayangkara ke-79
17 Juni 2025
Tragis, Siswa SD di Inhu Diduga Tewas Akibat Pengeroyokan
27 Mei 2025
Kapolres Inhu Hadiri Panen Padi di Polsek Kuala Cenaku: Wujud Nyata Program Ketahanan Pangan
24 Mei 2025
Ratusan Juta Rupiah: Aset Mak Gadi di Luar Daerah Disita Polres Inhu
23 Mei 2025
Audiensi Bupati Inhu dengan Menpora RI: Bahas Sinergi Program Kepemudaan dan Olahraga
22 Mei 2025

  • Home
  • Riau

Apa dan Siapa itu Melayu "Orang Melayu Mesti Tahu"

Redaksi

Selasa, 11 Februari 2020 21:06:20 WIB Dibaca : 1452 Kali
Cetak


BUALBUAL.com - Sekali imbas tajuk tulis saya ini kelihatan mengada-ngada. Atau dilihat bahawa saya cuba menimbulkan perkara yang bukan-bukan. Tetapi hakikatnya - Melayu itu apa? Pertanyaan ini adalah sebahagian dari induk persoalan nasional yang belum selesai-selesai.

Mahathir Muhamad anak lelaki Iskandar Kutty. Zahid Hamidi pendatang dari Jawa. Azeez Tabung Haji dilaporkan berbahasa Tamil bersama keluarga di rumah. Khairy Jamaluddin berkulit gelap legam. Melayu cerah berkulit sawo matang.

Kita selalu mendengar ayat-ayat ini. Semua ayat-ayat ini adalah manifestasi dari pertanyaan Melayu itu siapa? Pertanyaan ini muncul hasil dari persoalan nasional yang belum selesai-selesai.

Wajib diberi tahu bahawa dalam dunia ini hanya M-E-L-A-Y-U yang diberi definisi - apa dan siapa itu Melayu - melalui Perlembagaan.

Bangsa-bangsa lain dalam dunia wujud melalui etnik dan keturunan bangsa. Ertinya ada Melayu yang wujud berasaskan perlembagaan bukan melalui bangsa atau etnik. Amin.

Artikel 160 Perlembagaan Malaysia mentakrifkan pelbagai istilah yang digunakan dalam Perlembagaan Malaysia.

Melayu diikat agama

Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau Singapura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Persekutuan atau Singapura.

Tetiba Perlembagaan Persekutuan telah mengikat Melayu dengan agama. Pelik tetapi benar.

Pentakrifan ini berlaku ketika anak Melayu masih ramai belum bersekolah, jauh sekali sampai ke universiti. Ini berlaku ketika belum wujud secara ampuh pemikir jati diri dan intelektual Melayu. Ini berlaku atas paksaan Inggeris.

Latar belakang wujudnya konsep Melayu yang dikahwinkan dengan agama ini kerana Inggeris mahu mengundur dari Tanah Melayu. Kuasa kolonial Inggeris sesudah Perang Dunia kedua telah jatuh muflis.

Keadaan ini bertambah buruk apabila kuasa kolonial Inggeris telah dipukul teruk oleh perjuangan senjata anak semua bangsa bawah pimpinan Parti Komunis Malaya.

Garis politik kanan ini diterima kerana wujudnya pembelotan dari parti United Malays National Organisation. Parti ini adalah kumpulan parti Melayu berhaluan kanan yang dieram dan menetas dalam kerandut Inggeris.

Sebelum Inggeris mengundur pada tahun 1957, saya masih ingat lagi bagaimana arwah emak saya seorang guru telah memperlekehkan apa yang dikenali sebagai DKK dan DKA. DKK ialah darah keturunan Keling dan DKA ialah darah keturunan Arab.

Sila ke Arkib Negara dan rujuk kembali DKK dan DKA yang dilaporkan oleh Utusan Melayu pada tahun 1955-1956. Sayangnya wacana DKK dan DKA ini hanya sampai ke tahap sebut menyebut sahaja.

Utusan Melayu - satu satunya lembaga pengurus fikrah Melayu telah gagal mengupas apa itu negara bangsa dengan fikrah intelektual yang tuntas.

Melorohnya masuk orang China dan India menjadi rakyat Tanah Melayu gagal dibincangkan secara menyeluruh. Elit dan kaum feudal Melayu telah belot dan bersekongkol dengan Inggeris. Tanpa mengambil pandangan menyeluruh orang Melayu.

Fikrah Melayu kiri

Sayugia, dari segi sejarah wajib diberitahu secara hitam putih di sini bahawa wujud satu lagi garis Melayu yang terbuka, maju dan progresif. Fikrah dan pandangan ini datang dari Melayu kiri yang diwakili oleh sosok-sosok seperti Shamsiah Fakeh, Samad Ismail, Musa Ahmad, Rashid Mydin, Boestaman, Abdulah Sidi dan Pak Sako.

Kaum kiri Melayu berkumpul bawah payung Putera. Mereka telah menerima konsep sesiapa sahaja yang ingin bermastautin di Tanah Melayu akan dianggap Melayu. Persetujuan ini telah dihitamputihkan dalam Perlembagaan Rakyat 1947.

Putera - adalah gabungan enam parti politik Melayu Kiri. Dalam Perlembagaan Rakyat 1947 difinisi siapa itu Melayu tidak dikahwin dengan Islam. Khalas.

Putera telah bekerja sama dengan badan politik bukan Melayu untuk memerdekakan Tanah Melayu dari kuasa kolonial. Hasilnya wujud barisan bersatu - united front - dengan AMCJA (All Malaya Council of Joint Action atau Barisan Bertindak SeMalaya).

United Front garis kiri ini telah disabotaj dan dimusnahkan oleh Inggeris yang bekerjasama dengan garis kanan Melayu yang diwakili oleh United Malays National Organisation melalui darurat.

Perintah Darurat telah diisytihar pada 20 Jun 1948. Hampir kesemua pemimpin Putera ditangkap oleh Inggeris. Yang sempat selamat lari telah masuk ke hutan untuk memulakan perjuangan bersenjata melawan Inggeris.

Latar belakang sejarah yang saya rakamkan ini wajib diketahui oleh generasi sekarang. Ia penting. Ini bertujuan untuk membuktikan bahawa difinisi Melayu yang wujud hari ini bukan satu yang mutlak. Bukan satu yang monolitik.

Terbukti - dari segi sejarah tidak wujud hanya satu pandangan - siapa itu Melayu. Amat jelas difinasi Melayu yang wujud dalam Perlembagan hari ini berlatar belakangkan kepentingan Inggeris dan pembelotan United Malays National Organisation.

Dewata Mulia Raya

Bangsa Melayu tidak ada sangkut paut dengan agama. Adalah salah apabila mentakrifkan Melayu maka kita anggap semua Melayu itu juga beragama Islam. Ini tidak betul dari segi fakta. Melayu ialah kumpulan bangsa, satu kumpulan etnik atau satu ras yang wujud di Kepulauan Melayu.

Di Filipina ada Melayu beragama Kristian. Di Bali majoriti Melayu beragama Hindu. Di Sumatera ada Melayu beragama Kristian dan Buddha. Masih ramai Melayu yang percaya kepada hantu dan polong, batu, hutan dan banir kayu. Malah ramai juga Melayu yang tidak percaya kepada apa sahaja bentuk agama.

Jangan silap tafsir Melaka dibuka oleh Parameswara anak raja Hindu. Ini bukan bermakna Parameswara dari India. Dia Melayu yang beragama Hindu. Hindu Prince yang ditulis dalam buku sejarah bukan bermakna dari India.

Wajib juga saya beritahu bahawa 700 tahun dahulu mengikut baru bersurat dari Terengganu, Bani Melayu ini telah ada tuhan sendiri - Dewata Mulia Raya.

Konsep kolonial Inggeris

Justeru mengahwinkan apa itu Melayu dengan agama hanya berlaku di Malaysia. Ini konsep kanan. Ini konsep kolonial Inggeris. Lahir dari kepentingan Inggeris. Konsep yang tidak ilmiah. Konsep yang tidak berjejak di bumi nyata. Konsep yang cuba memadamkam sejarah bangsa.

Hari ini konsep kanan siapa Melayu masih diteruskan oleh kaum kerabat saki baki parti politik yang pernah dieram oleh Inggeris. Konsep kanan ini secara lumayan telah digunakan sebagai senjata politik.

Konsep - kita Melayu maka kita Islam ini - menjadi modal yang telah membonsaikan fikrah Melayu itu sendiri. Bonsai yang maha sangat ini telah dibuktikan dengan gagalnya Melayu di Malaysia menerima hakikat bahawa ada Melayu di alam Melayu ini yang beragama Khristian, Hindu, Buddha atau tidak beragama.

Jadi siapa Melayu? Dalam keadaan kebonsaian Melayu ini biar saya terangkan di sini dengan sejelas mungkin. Yang bonsai pun saya rasa akan faham apa yang saya tulis ini.

Jarak Shanghai dari Peking ialah 2,652km. Dari Taiwan ke Peking jaraknya 1,851km. Dari Yenan ke Peking jaraknya 4,355 km. Semua ini adalah bumi China. Jarak beribu-ribu baru jauhnya tidak pernah menjadi persoalan. Bahasa dan budaya yang berbeza-beza juga tidak pernah dipersoalkan. Semua China.

Jarak New Delhi dengan Mumbai ialah 1,404.5km. Dari Delhi ke Tamil Nadu jaraknya ialah 2,470.5km. Dari Delhi ke Calcuta ialah 1,470km. Bahasa, pakaian, budaya yang berbeza-beza tidak dipersoalkan. Semua India.

Jarak Kuala Lumpur ke Medan ialah 674 batu. Jarak Tanjung ke Medan hanya 274km. Dari Melaka ke Dumai hanya 107Km. Dari Kuala Lumpur ke Jakarta hanya 733 batu atau 1,188km.

Tetapi kita terdengar Zahid Hamidi adalah pendatang Jawa. Ustaz Badrul Amin pendatang dari Banjar. Shafie Afdal pendatang dari Filipina. Takiyuddin pendatang dari Patani.

Kita tak pernah mendengar ayat yang mengatakan Mao bukan dari China dia pendatang haram dari Hunan - 1,611km dari Peking. Atau Mahatma Ghandi bukan India tetapi pendatang dari Afrika Selatan.

Kenapa agaknya Zahid Hamidi, Badrul Amin atau Shafie Afdal dipersoalkan dari mana asal usul mereka.

Ini buktikannya persoalan nasional belum selesai. Hakikatnya Zahid atau Shafie adalah Melayu. Semua lahir dalam bumi dan alam Melayu. Mereka bukan pendatang.

Sama seperti Mao Zedong bukan pendatang dari Hunan yang memiliki bahasa yang asing di Peking. Atau Ghandi juga bukan pendatang ke Delhi dari Afrika Selatan.

Apa yang saya tuliskan di sini wajib masuk ke dalam kepala, ke dalam akal dan fikrah orang China dan India. Ini kerana merekalah yang selalu menimbulkan idea “Melayu pendatang”.

Tujuan mereka menimbulkan “Melayu juga pendatang” tersirat niat jahat. Mereka ingin menunjukkan bahawa semua kita ini pendatang. Tidak ada siapa yang awal wujud di Tanah Melayu. Tanah Melayu ini bumi kosong. Tanah Melayu ini bukan asal usul Bumi Melayu.

Sikap jahat

Mengikut hujah ini Tanah Melayu ini adalah wilayah pendatang.

Sikap ini sikap salah. Ini sikap jahat dari pendatang baru. Sikap ini wajib dilawan. Sejarah membuktikan bahawa bumi Melayu ini hanya dipisah-pisahkan pada tahun 1824 melalui perjanjian Anglo-Dutch Treaty. Empat wilayah Melayu - Petani, Yala, Setul dan Naratiwat menjadi hak Siam melalui Anglo-Siamese Treaty 1906.

Jangan silap - pendatang ke Bumi Melayu ialah orang China dan India. Mao Zedong bukan pendatang Hunan ke Peking. Ghandi bukan pendatang dari Mumbai ke Delhi.

Pendatang ke bumi Melayu ini adalah sosok-sosok yang sebutan besi, air, nasi, babi dan padi bukan timbul dari bumi ini.

Langsat, durian, petai dan rambutan tidak ada sebutan dalam bahasa asal mereka. Mereka memiliki kata-kata yang amat berbeza dari kata-kata asal usul Melayu. Maka mereka inilah pendatang.

Apa yang dapat saya rumuskan di sini ialah pertanyaan siapa Melayu itu memerlukan jawapan. Persoalan nasional wajib difahami. Penyelesaian masalah persoalan nasional akan terungkai kerana jawapan tidak dapat dipisah dari soalan.


HISHAMUDDIN RAIS seorang aktivis politik, penulis dan pengarah filem.

Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi redaksi Malaysiakini.

(Malaysiakini.com)




Berita Lainnya

Dolar AS Tembus Rp 14.744, Fadli Zon: Bahaya, Ini Bahaya Jangan Anggap Enteng

Kapolres Kab Inhil AKBP Dolifar Manurung, S.IK, M.Si, Siap Mendukung Tentang Pengawasan Penggunaan Dana Desa

DPRD Inhil Rencanakan Ajukan Angaran Rp1,6 miliar untuk Pengamanan Pilkada 2018

Pimpinan BRK Pangkalan Kerinci Pelalawan Diperiksa Kejati Riau

HUT RI Ke - 74, Bupati Inhil Hadiri Acara Pemberian Remisi Bagi Warga Binaan Lapas Tembilahan

Malam Ini Riau Akan di Guyur Hujan Deras

Estimasi Kuota Haji Riau 2020 Sebanyak 5.030 JCH

Ketua DPRD Kampar tak Ikut Teken MoU Gedung 8 Lantai

Pilgubri: Ketahuan Nyoblos Dua Kali, Petugas KPPS Kampar Ditahan

Final Ps. Gaung vs Ps. Pelangiran, Ribun Penonton Sudah Padati Kursi Stadion Beringin Tembilahan

Haul ke-83 Syekh Abdurrahman Shiddiq Untuk Sementara Ditunda 'Waspada Virus Corona'

Tak Kunjung Datang! Plt Bupati Bengkalis Terancam Jadi DPO, Polda Riau Pinta Muhammad Kooperatif

Terkini +INDEKS

Sejarah Kecamatan Batang Peranap: Jejak Pagaruyung di Tanah Indragiri Hulu

25 Juni 2025
Mengenal Sejarah Sungai Danai: Desa Tua di Perbatasan Indragiri Hilir
25 Juni 2025
Investasi Hijau: Investor Tertarik Skema Kredit Karbon Riau yang Ditawarkan Gubri Abdul Wahid di London
25 Juni 2025
Sinergi NU dan Legislatif: Siti Aisyah Hadiri Forum Silaturahmi Keluarga Besar Badan Otonom Nahdlatul Ulama Inhil
24 Juni 2025
Bunda PAUD Inhil Kukuhkan Pokja dan Perkuat Sinergi untuk PAUD Berkualitas
24 Juni 2025
Pertemuan Bermakna: Siti Aisyah Dengarkan Suara Masyarakat Desa Sungai Luar Secara Langsung
24 Juni 2025
Penyerahan Bedah Rumah yang Dilaksanakan Polres Bintan dalam Rangka Hari Bayangkara ke-79 Tahun 2025
24 Juni 2025
Bupati Kasmarni Komitmen Wujudkan KLA dengan Berbagai Inovasi dan Anggaran Besar
24 Juni 2025
Bupati Kasmarni Pinta RSUD Bengkalis Tingkatkan Sinergi dan Kolaborasi Pelayanan KIA dan Dorong Penurunan AKI dan AKB
24 Juni 2025
Reses di Sungai Salak, Siti Aisyah Terima Aspirasi Warga: Pompa Air, Bibit Buah, dan Perbaikan Drainase
24 Juni 2025

TERPOPULER +INDEKS
  • 1 Mengenal Sejarah Sungai Danai: Desa Tua di Perbatasan Indragiri Hilir
  • 2 Investasi Hijau: Investor Tertarik Skema Kredit Karbon Riau yang Ditawarkan Gubri Abdul Wahid di London
  • 3 Sinergi NU dan Legislatif: Siti Aisyah Hadiri Forum Silaturahmi Keluarga Besar Badan Otonom Nahdlatul Ulama Inhil
  • 4 Pertemuan Bermakna: Siti Aisyah Dengarkan Suara Masyarakat Desa Sungai Luar Secara Langsung
  • 5 Penyerahan Bedah Rumah yang Dilaksanakan Polres Bintan dalam Rangka Hari Bayangkara ke-79 Tahun 2025
  • 6 Bupati Kasmarni Komitmen Wujudkan KLA dengan Berbagai Inovasi dan Anggaran Besar
  • 7 Bupati Kasmarni Pinta RSUD Bengkalis Tingkatkan Sinergi dan Kolaborasi Pelayanan KIA dan Dorong Penurunan AKI dan AKB
  • 8 Reses di Sungai Salak, Siti Aisyah Terima Aspirasi Warga: Pompa Air, Bibit Buah, dan Perbaikan Drainase
Ikuti kami di:
  • Tentang Kami
  • Redaksi
  • Info Iklan
  • Pedoman Media Siber
  • Disclaimer
  • Kontak Kami
Bualbual.com ©2020 | All Rights Reserved By Delapan Media